fb fb fb fb fb

Dalang sindiket seludup minyak diesel di Johor dikesan

(Rosol ketika meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Manir)

KUALA TERENGGANU, 13 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mengesan dalang sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Johor, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata siasatan tersebut dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjejaki individu yang terlibat.

Tegasnya, tiada kompromi terhadap dalang sindiket sama ada ahli politik, penjawat awam dan orang awam.

Sebelum ini terdapat laporan sindiket penyeludupan diesel dipercayai didalangi orang kenamaan yang melakukan aktiviti jualan di tengah laut.

"Untuk diesel, ada had tertentu yang dibenarkan untuk pembelian di stesen pada satu-satu masa.

"Kita juga bekerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan bagi membendung penyelewengan baik di sempadan mahupun di dalam negara," katanya.

(Foto Fail Bernama)

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Manir, di sini hari ini.

Katanya, KPDNHEP juga sedang mempertingkat penguatkuasaan bagi menangani ketirisan barangan bersubsidi termasuk diesel.

Malah risikan dan pemantauan Op Samar dijalankan lebih kerap di kawasan panas terutama di negeri yang bersempadanan dengan negara jiran.

Media Baharu