fb fb fb fb fb

Insiden paip gas bocor di tapak ECRL: JBPM sahkan situasi terkawal

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan keadaan terkawal susulan kejadian paip gas bocor di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kerteh, Kemaman, pagi tadi

MARANG, 20 September – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan keadaan terkawal susulan kejadian paip gas bocor di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kerteh, Kemaman, pagi tadi.

Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata insiden itu tidak menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang awam serta penduduk sekitar.

Menurutnya, pihak bomba telah mengambil langkah awal bagi mengurangkan risiko kebakaran dengan mengecilkan kawasan operasi daripada 2.5 kilometer kepada 500 meter.

2009 TRG KP BOMBA GAS BOCOR 2Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad

“Insya-Allah, jika tiada halangan, kita akan mula memasuki kawasan yang telah dikecilkan radiusnya untuk membolehkan proses purge atau pengeluaran sepenuhnya gas butana dalam paip dijalankan sebelum tindakan lanjut oleh pihak operator, iaitu Petronas.

“Gas ini tidak memberi kesan langsung kepada kesihatan, namun ia berbahaya apabila bercampur dengan udara dalam julat ‘lower explosion limit’ yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, sempena Program Kolaborasi Media bersama JBPM, di sini.

Nor Hisham berkata, JBPM akan menempatkan 10 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) di lokasi esok bagi melakukan penetapan kawasan selamat, pencairan bahan serta membantu proses pelupusan baki gas dalam paip.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN