fb fb fb fb fb

Insentif kerajaan bantu tingkatkan penerimaan orang ramai terhadap EV

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 16 November- Insentif Kerajaan Malaysia, memainkan peranan penting bagi meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan Kenderaan Elektrik (EV), dan membolehkan EV mampu dimiliki orang ramai.

Strategi itu disuarakan Koperasi Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan Persatuan Komputer Taipei, semasa Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 di Persada, Johor Bahru, Johor.

Menurut Norhasliza Mohd Mokhtar dan Dr Lee Chen Yu, antara yang menjadi kekangan kepada orang ramai bagi menerima EV, ialah kemampuan kewangan,kebimbangan jarak pemanduan, dan kekurangan stesen pengecas.

Tambahnya, usaha memupuk kerjasama dalam menangani cabaran tersebut, membuktikan komitmen wilayah Asia Pasifik, menjadi peneraju dunia dalam penggunaan EV, seterusnya mencipta persekitaran dunia yang lebih bersih, dan mampan.

Transisi kenderaan petrol kepada EV juga, dapat membuktikan kepentingan wilayah Asia Pasifik, dalam peralihan global kearah penggunaan pengangkutan lebih mampan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD