fb fb fb fb fb

APM siap sedia hadapi situasi luar jangka

FOTO RTM

SUNGAI PETANI, 16 November - 14,000 anggota dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM siap siaga menghadapi situasi banjir dan ribut luar jangka ekoran Monsun Timur Laut, MTL diramal bertembung dengan fenomena El Nino.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurahim Mohamed berkata aset-aset di air juga telah diselenggara sepenuhnya di samping tambahan kenderaan darat.

Ini termasuk 100 buah ambulans, 46 pacuan empat roda dan 226 buah motosikal bagi tujuan pemantauan.

"Setakat ini MET Malaysia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang lebih buruk, cuma situasi itu sedikit berbeza.

"Kami belum dapat maklumat yang tepat lagi daripada MTL cuma dari segi trend yang kita lihat adalah banjir kilat dan angin kencang", katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Setia  dan Penyerahan Kenderaan Operasi APM negeri Kedah di sini.

Pada majlis berkenaan, APM Kedah menerima, 19 buah kenderaan termasuk pacuan empat roda, ambulans, kenderaan pentadbiran dan motosikal.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD