fb fb fb fb fb

Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai depan, kesan NCD dalam negara

GENEVA, 28 Mei- Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional akan dilancarkan Julai depan bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 1.5 juta individu berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini, diberi pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian darah dalam najis untuk kanser kolorektum dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta.

"Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lepas dan salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan.

Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun," katanya dalam sesi soal jawab pada perhimpunan Strategic Roundtable on Behavioural Sciences for Better Health, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75 di sini.

(Khairy Jamaluddin ketika sesiĀ soal jawab perhimpunan Strategic Roundtable on Behavioural
Sciences for Better Health, WHA Sesi ke-75)

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu daripada lima individu dewasa atau 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes.

Manakala tiga daripada 10 atau 6.4 juta orang mempunyai tekanan darah tinggi dan empat daripada 10 orang atau lapan juta orang mengalami kolesterol tinggi.

Khairy berkata KKM sedang menimbang untuk memperluas penggunaan aplikasi MySejahtera untuk NCD, termasuk menetapkan tarikh janji temu pemeriksaan kesihatan.

Media Baharu