fb fb fb fb fb

FELCRA Berhad suntik RM386 juta perkasa sektor pertanian dan penternakan

KUALA LUMPUR, 27 Mei- FELCRA Berhad memperuntukkan sebanyak RM368 juta bagi memperkasa sektor pertanian dan penternakan negara.

Jelas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, daripada jumlah tersebut, sekitar RM60 juta dibelanjakan.

"Jumlah itu melibatkan pelaksanaan projek kilang pemprosesan makanan ternakan,

"Malah, makanan untuk ternakan juga menjadi antara tumpuan utama FELCERA Berhad," beliau menjelaskannya selepas merasmikan Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad di ibu negara.

(Menteri  Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid)

Perlaksanaan projek itu katanya telah dilaksanakan di beberapa lokasi seperti di Terengganu dan Perak.

Dalam masa sama, perancangan sedang dirangka untuk memperluas perlaksanaan projek berkenaan bertujuan memperkukuh rantaian bekalan makanan negara.

Media Baharu