KUALA LUMPUR, 22 Julai - Sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program MyKiosk@KPKT bagi tempoh tahun 2023 hingga 2024 telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk penyediaan 7,243 unit kiosk di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut itu, sebanyak 3,189 unit kiosk telah disediakan pada tahun 2023, manakala 4,054 unit kiosk baharu, disiapkan pada tahun 2024.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, program MyKiosk merupakan satu inisiatif berasaskan tenaga hijau yang bertujuan membantu penjaja dan peniaga kecil meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelaskan, MyKiosk adalah inisiatif berupa kiosk bertenaga hijau bagi membantu peniaga dan penjaja kecil meningkatkan pendapatan.
Setakat ini, pelaksanaan program ini telah berjaya memberi manfaat serta mengubah nasib lebih daripada 7,000 keluarga penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
"Selaras dengan komitmen KPKT untuk penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas peniaga, MyKiosk 2.0 telah direka bentuk semula dan dinaik taraf dengan pelbagai spesifikasi yang lebih lestari alam sekitar serta dilengkapi dengan kemudahan yang lebih selamat dan selesa untuk digunakan tanpa sebarang kenaikan harga sewaan. Sehingga Julai 2025, kadar pengisian bagi MyKiosk@KPKT (2023) adalah sebanyak 2,926 unit (91.75%), manakala MyKiosk 2.0 (2024) mencatatkan pengisian sebanyak 3,518 unit (86.78%)."beliau berkata ketika menjawab soalan Ahli parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di Dewan Rakyat.