fb fb fb fb fb

Inisiatif Menu Rahmah terus dapat sambutan

JOHOR BAHRU, 10 Mac- Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus mendapat sambutan.

Sebanyak 1,191 premis makanan di seluruh negara telah berdaftar dalam portal Menu Rahmah setakat Rabu lalu.

Inisiatif itu juga akan diperluas di bazar Ramadan di negara ini.

Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh berkata premis yang mendaftar turut dibantu dari segi promosi dan seterusnya berganding bahu dengan kerajaan dalam menstabilkan kos sara hidup rakyat terutamanya menjelang sambutan Ramadan.


(Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh)

"Kita ada satu komuniti khas sedang melihat bazar Ramadan Rahmah. Melihat kepada beberapa aspek bazar ramadan Rahmah ini antaranya berkenaan dengan yuran untuk berniaga itu direndahkan, kedua menawarkan Menu Rahmah ketiga, bekerjasama dengan rakan-rakan strategik", katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Fiesta Food Truck Menu Rahmah sempena Program Jualan Rahmah Parlimen Kulai di Johor Bahru.

KPDN turut menyediakan peruntukan e-wallet berjumlah RM11,500.00 sebagai insentif iaitu RM30.00 kepada setiap peniaga trak makanan dan RM20.00 kepada pengunjung.

Selain itu, sebanyak 30 barangan Jualan Rahmah turut ditawarkan dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus meliputi keperluan asas dan barangan dapur.

Media Baharu