fb fb fb fb fb

Banjir termenung, Johor minta bantuan pam air

Foto FB Menteri

JOHOR BAHRU, 10 Mac- Kerajaan Johor menggerakkan pemasangan pam-pam air di Batu Pahat yang terjejas teruk ketika ini, sekali gus menjadi usaha mengatasi banjir termenung di daerah itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau menghubungi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor untuk meminta bantuan mendapatkan pam dari negeri tidak terlibat banjir.

Katanya, mesyuarat penyelarasan dibuat bagi membincangkan hal ehwal kebajikan dan keperluan logistik di daerah itu.

"Kita dimaklumkan sekarang ini berlaku situasi air pasang surut. Situasi air pasang berlaku dalam sehari dua ini dan air susah nak mengalir keluar. Jadi, pam pam sudah digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat banjir.

Saya juga sudah berhubung dengan JPS negeri lain untuk hantar pam bagi membantu air keluar dari kawasan terlibat banjir," kata Onn Hafiz ketika diminta untuk mengulas mengenai usaha mengatasi banjir termenung.

Datuk Onn Hafiz juga sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat yang memaklumkan angka awal kerugian dan projek-projek tebatan banjir di Johor yang mencecah bilion ringgit.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu