fb fb fb fb fb

Inisiatif masjid anjur dakwah santai, dekatkan masyarakat kepada masjid

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 14 Ogos- Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) menganjurkan 'Program Lepak SantaiBerisi 1.0' dalam usaha menyebar luas dakwah kepada masyarakat.

Ketua Unit Dakwah dan Komunikasi, Masjid Tuanku Mizan, Zainal Abidin Rashidi Salleh berkata dakwah secara santai itu bertujuan mendekatkan orang ramai dengan institusi agama dan masjid disamping meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

(Ketua Unit Dakwah dan Komunikasi, Masjid Tuanku Mizan, Zainal Abidin Rashidi Salleh)

"Antara tujuan utama kita adakan untuk kita di pihak masjid turun ke masyarakat khususnya kita ada kemudahan 'hotspot foodtruck' ini jadi ini salah satu inisiatif untuk kita turun kepada masyarakat dalam kita menganjurkan program sebegini rupa untuk kita menyantuni masyarakat-masyarakat sekeliling kita

"Kita boleh menyeru mereka untuk dekatkan diri kepada masjid. Jadi mereka tidak rasa terasing dengan pihak masjid. Ini merupakan inisiatif kita untuk kita merapatkan diri kita dengan masyarakat", katanya.

Tambahnya bagi tahun ini masih terdapat dua siri program santai seperti ini bakal dianjurkan dengan menggunakan konsep yang sama.

Program Santai Berisi 2.0 dan 3.0 bakal diadakan pada bulan September dan Oktober depan.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program ini, antaranya pengisian ilmiah dari Shamsul Ghau Ghau dan Daie Ahmed, persembahan dari Salam Buskers serta kupon makanan percuma turut diedarkan pada program tersebut.

Media Baharu