fb fb fb fb fb

Inisiatif kepada rakyat, bukti kerajaan cakna - Mustapa Mohamed


KUALA LUMPUR, 31 Januari- Inisiatif yang diumumkan bagi mengurangkan kenaikan harga barang menunjukkan kecaknaan kerajaan terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap, langkah-langkah berkenaan mampu mengurangkan beban rakyat terutama ketika negara masih berada dalam fasa pemulihan selepas dilanda Covid-19 dan bencana banjir.

Jelasnya, selain memperkenal langkah jangka pendek, kerajaan kekal komited menangani tekanan kenaikan harga bagi tempoh jangka panjang, menerusi penubuhan pasukan petugas khas.

Sementara itu, pengguna komersial dan industri yang berdepan kenaikan tarif elektrik bermula esok, mampu menyerap dan menguruskan peningkatan kos operasi sebaiknya.

Beliau berharap, ia tidak akan menyebabkan kenaikan harga yang mendadak dan tiada pengusaha yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Beliau berkata demikian selepas rakaman program Inklusif di RTM.

Media Baharu