fb fb fb fb fb

GCR dinaikkan kepada 160 hari



KUALA LUMPUR, 31 Januari- Jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) dinaikkan daripada 150 hari kepada 160 hari.

Selain itu, pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai turut dibenarkan mulai Januari 2022.

Bagi pegawai yang telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar dalam bentuk wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari.

Pemberian awal wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.

Manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Antara syarat - syarat bagi pegawai yang memohon pemberian awal wang tunai GCR adalah tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun serta pegawai telah mencapai umur 45 tahun.



Media Baharu