fb fb fb fb fb

Industri ayam, KPDNHEP laksana stok penimbal

PUTRAJAYA, 6 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan stok penimbal serta menggalakkan penyertaan lebih banyak pemain dan pengusaha dalam industri ayam.

Tujuannya bagi mewujudkan persaingan sihat dan memberi lebih pilihan kepada pasaran.

Menurut Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Rosol Wahid pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap industri terlibat.

"Kita di peringkat kementerian, kita dah bincang kelmarin dalam post kabinet untuk nak tentukan satu barang itu stabil harga ialah dengan mengadakan stok penimbal.

"Stok penimbal kita ada gula stok penimbal, ayam ada stok penimbal dan kita nak kembangkan lagi kepada beberapa produk yang penting untuk kita pastikan bila barang naik stok penimbal ini akan menentukan harganya tidak terlalu tinggi," katanya.

( Rosol Wahid/Foto fail Bernama)

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Francais NY Steak Shack (NYSS), di sini hari ini

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail memaklumkan lima syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dengan terbabit perjanjian antipersaingan atau lebih dikenali sebagai perjanjian kartel.

Melalui perjanjian terbabit, kelima-lima syarikat itu dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam dalam negara.

Media Baharu