fb fb fb fb fb

Individu 18-40 tahun sasaran utama sindiket pemerdagangan manusia

(Datuk Hishamuddin Hashim)

KUALA LUMPUR, 31 OKtober- Individu berusia 18 hingga 40 tahun dikenal pasti sasaran utama sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, Kemboja dan Laos.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata usaha sedang dijalankan bagi membawa 20 lagi mangsa yang terkandas di Myanmar pulang ke tanah air.

Katanya sindiketĀ itu mempunyai pelbagai modus operandi termasuk menawarkan peluang pekerjaan dengan bayaran dalam Dolar Amerika.

"Tolonglah berhati-hati khususnya kepada negara-negara yang saya maksudkan tadi, seperti Laos, Myanmar dan Kemboja. Semak dahulu dengan kedutaan," katanya.

"Lakukan sedikit penilaian wajar sebelum anda tertarik untuk bekerja di negara-negara terbabit dan kalau boleh berikan keutamaan untuk bekerja di Malaysia. Malaysia ni ada macam-macam peluang," tambah beliau.

"Bukan saja peluang dari segi pekerjaan, kita juga ada peluang dari sektor ekonomi, seperti e-panggilan. Kalau boleh utamakan pekerjaan di Malaysia dan kalaulah juga mencari peluang mendapatkan gaji dalam matawang yang lebih tinggi buat semakan dulu dari kedutaan-kedutaan negara terbabit sebelum anda tertipu dengan sindiket pemerdagangan manusia, " kata Hishamuddin selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di RTM.

(Datuk Hishamuddin Hashim dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia)

Media Baharu