fb fb fb fb fb

Agong jalani pemeriksaan kesihatan di IJN

(Tangkap layar kenyataan media di facebook Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihataan susulan di Institusi Jantung Negara bermula hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana , Datuk Seri Ahmad Fadhli Shamsuddin menerusi kenyataan yang dikeluarkan Seri Paduka Baginda dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

Seri Paduka Baginda sepatutnya menjalani prosedur tersebut pada pertengahan bulan September lalu, tetapi ia ditangguhkan berikutan menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mediang Ratu Elizabeth II, selama lima hari yang bermula 16 September lepas.

Seluruh rakyat diseru bersama -sama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani dan prosedur serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.

Tinjauan Berita RTM dalam laman facebook rasmi Istana Negara juga mendapati, rakyat turut mendoakan Seri Paduka Baginda diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik.

(Rakyat mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda menerusi facebook Istana Negara)

 

Media Baharu