fb fb fb fb fb

Kempen PRU ke-15: Medium konvensional masih relevan

(Dr. Mohammad Tawfik ditemu bual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Meskipun platform maya semakin menjadi pilihan calon wakil rakyat, namun medium konvensional dilihat masih relevan untuk dimanfaatkan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini terutama di kawasan dengan liputan jalur lebar yang lemah dan penduduknya masih mendapatkan maklumat melalui bahan bercetak seperti surat khabar, menurut penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaya.

"Kaedah tradisional itu tidak boleh ditinggalkan kerana bila kita turun ke lapangan, turun ke kawasan, sentuhan hati kepada rakyat itu sangat penting.

"Kadangkala kita lihat rumah rakyat yang terbakar, kemudian banjir, pemimpin tak perlu bawa banyak barang pun, pemimpin hanya hadir, sekurang-kurangnya dapat melegakan hati pengundi-pengundi," kata Mohammad Tawfik dalam rancangan selamat Pagi Malaysia di TV 1.

SPR menetapkan tempoh berkempen bagi PRU15 selama 14 hari bermula selepas selesai sesi penamaan calon pada 5 November.

(Dr. Mohammad Tawfik berkata medium konvensional masih relevan)

Media Baharu