fb fb fb fb fb

COVID-19: Malaysia terima vaksin Bivalent bulan depan

(Khairy Jamaluddin)

PUTRAJAYA, 31 Oktober- Malaysia bakal menerima tempahan vaksin Bivalent keluaran Pfizer, bulan depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia tidak membabitkan perolehan tambahan dan tempahan vaksin itu menggunakan perolehan sedia ada.

"Kita telah tukar tempahan kita daripada vaksin lama kepada baharu dan akan sampai pada bulan November.

"Saya nasihati kepada mereka yang berisiko tinggi tak payah tunggu, ambil dulu second booster vaksin sedia ada sebab itu pun berkesan dengan varian Omicron," katanya.

(KKM menyarankan pengambilan dos penggalak kedua terutama kepada golongan
berisiko walaupun ketika ini ia tidak mewajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia)

Beliau bercakap dalam sidang media khas COVID-19, di sini hari ini.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan menyarankan pengambilan dos penggalak kedua terutamanya kepada golongan berisiko walaupun ketika ini ia tidak mewajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia digalakkan kepada mereka mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik, sistem imun lemah, ibu mengandung, petugas barisan hadapan, di samping mereka yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Setakat ini seramai 519,839 orang direkodkan telah mendapatkan dos penggalak kedua.

Berita berkaitan vaksin Bivalent
Pelaksanaan vaksinasi Moderna Bivalent/Spikevax lebih awal di Singapura

Media Baharu