fb fb fb fb fb

Cuti JBPM Johor dibekukan berkuat kuasa 4 hingga 30 November

JOHOR BAHRU, 31 Oktober- Cuti semua pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dibekukan bermula 4 hingga 30 November.

Sementara 20% sahaja dibenarkan cuti antara 1 Disember hingga 15 Januari depan.

Pemangku Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi PRU15 dan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan November.

Tambah beliau, kekuatan JBPM di 33 balai seluruh negeri turut dibantu 28 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaan seribu 300 orang.

"Kesiapsiagaan bomba menghadapi kedua-dua insiden nilah kita nak pastikan bahawa MTL tadi dan PRU dapat berjalan dengan lancar. Rakyat boleh keluar mengundi, boleh menjalankan tanggungjawab dan kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

"Peranan bomba pada masa untuk menjaga keselamatan dan bila dah berlaku banjir siap siaga dengan bot dan sebagainya," kata Mohd Rizal kepada media di sini selepas melancarkan pasukan gerak khas menghadapi monsun timur laut bagi memantapkan persiapan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang lebih efisien.

(Mohd Rizal berkata cuti JBPM Johor dibekukan berkuat kuasa 4 hingga 30 November)

Media Baharu