fb fb fb fb fb

Imigresen mulakan siasatan dakwaan insiden kekecohan libat menteri

(FOTO HIASAN)

SEPANG, 30 Jun - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta merta dengan memulakan siasatan berhubung insiden tular yang dilaporkan beberapa media tempatan berkaitan dakwaan seorang menteri yang membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.

(Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh)

"Orang ramai diharap agar memberi ruang siasatan supaya ia dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menggganggu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, tular insiden kekecohan di balai ketibaan KLIA di sini apabila seorang individu dipercayai menteri difahamkan cuba 'menyelamatkan' seorang individu warga China yang ditahan.

Menurut sumber, individu warga China itu ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba masuk ke negara ini.

Media Baharu