fb fb fb fb fb

Imigresen dan KKM tingkatkan kawalan kepada pelacong asing di pintu masuk negara

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 10 Januari - Pelancong asing yang tiba di Malaysia, perlu melalui kaunter-kaunter khas imigresen, di pintu masuk negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata kawalan ketat itu bakal dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

(Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud)

"Bagi penerbangan dari China contohnya, mereka akan melalui kaunter-kaunter khas imigresen yang diurus dengan cekap dan cepat. Jika ada gejala, kita akan rujuk kepada pegawai KKM yang bertugas bersama," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambah Khairul, pihaknya juga akan memastikan kemasukan pelancong asing mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, warga asing yang tidak mempunyai dokumen lengkap akan dihantar pulang ke negara asal bagi mengelak penyalahgunaan visa pelancong.

Media Baharu