(Foto IKBN Kuala Perlis)
KUALA PERLIS, 16 Julai- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menerima lawatan rasmi delegasi 80 pegawai dan ketua komuniti Majlis Daerah Sadao, Thailand diketuai Pegawai Daerah Sadao, Surin Suriyawong.
Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zurihanmi Zakariya berkata, lawatan kerja ini adalah yang julung kali diadakan oleh kepimpinan masyarakat di wilayah selatan Thailand.
Lawatan ini sebagai ruang memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya bagi memperkasakan dan berkongsi kepakaran dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan belia di Sadao.
(Foto IKBN Kuala Perlis)
IKBN Kuala Perlis menawarkan pelbagai latihan kemahiran meliputi bidang penyelenggaraan marin, penyelenggaraan kereta, kenderaan perdagangan, jentera berat, semburan cat, automotif, lukisan seni bina dan perancahan (scaffolding).
Dengan prasarana dan latihan disediakan IKBN Kuala Perlis ini sudah tentu dapat melatih belia-belia di Sadao bagi meningkatkan kemahiran serta memberi peluang menjana pendapatan dan melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.