Hutang negara cecah RM1.5 trilion – PM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Pengurusan yang lemah dan ketirisan yang berlaku antara penyebab hutang negara tinggi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hutang negara telah mencecah RM1.5 trilion, melebihi kadar pertumbuhan ekonomi negara.

“Hutang liabiliti dan hutang kerajaan telah mencecah 1.5 trilion iaitu 82 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hutang kerajaan adalah 1079.6 trilion, antaranya termasuk komitmen jaminan 205.9 bilion dan 1MDB 18.2 bilion,” katanya ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh di Parlimen, di sini.

Tambah Anwar, antara langkah diambil dalam menguruskan kadar hutang negara ialah memperbaiki tata kelola dalam aspek pengurusan hutang negara.

Pada masa sama, asas hasil negara akan dipastikan bertambah dan mengkaji semula kaedah perbelanjaan awam tanpa membebankan rakyat.


(Foto BERNAMA)