IDEAS 2026 platform strategik pacu inovasi pertahanan dan keselamatan negara

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPNM, Prof. Dr. Aidy Ali

PUTRAJAYA, 24 Jun – Lebih 100 pakar akademik, penyelidik, pemain industri, agensi kerajaan serta komuniti pertahanan dari dalam dan luar negara berhimpun sempena Persidangan Antarabangsa Pertahanan, Kejuruteraan dan Keselamatan (IDEAS) 2026 di Putrajaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Platform strategik membincangkan teknologi pertahanan, keselamatan siber, kecerdasan buatan dan kejuruteraan maju untuk memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan negara.
  • Penekanan bahawa kemajuan teknologi dan keselamatan negara mesti diintegrasi untuk menghadapi cabaran geopolitik semasa.
  • UPNM menerajui pendidikan, penyelidikan dan inovasi pertahanan menerusi Pelan Strategik UPNM30 dan inisiatif seperti persidangan ini.
  • Kerjasama strategik dengan UNHAN dan UTM serta penggabungan INTCET, DSTC dan SDMMS memperkukuh jaringan penyelidikan dan pertukaran kepakaran.

Bertemakan “IDEAS to Strong Defence, Secure Nation”, persidangan antarabangsa anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPNM, Prof. Dr. Aidy Ali.

Ia menjadi platform strategik bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang teknologi pertahanan, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), dan kejuruteraan maju dalam usaha memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan pertahanan negara.

Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan, integrasi antara kemajuan teknologi dan keselamatan negara kini tidak lagi boleh digerakkan secara berasingan demi mendepani cabaran geopolitik semasa.

“Sejajar dengan aspirasi Pelan Strategik UPNM30, UPNM terus memperkasa peranannya sebagai institusi peneraju dalam bidang pendidikan, penyelidikan, inovasi dan kerjasama berkaitan pertahanan melalui penganjuran inisiatif seperti persidangan ini.

“UPNM beraspirasi untuk menjadi pusat rujukan utama serta peneraju dalam bidang sains dan teknologi pertahanan, selain menerajui bidang kajian strategik di peringkat nasional dan serantau,” katanya.

Menurut Prof. Dr. Aidy, melalui inisiatif seperti IDEAS 2026, UPNM komited memperluas penyelidikan berimpak tinggi, membangunkan kepimpinan masa depan dan menyumbang secara signifikan kepada ketahanan serta kedaulatan negara.

Persidangan anjuran Fakulti Kejuruteraan UPNM tersebut mendapat kerjasama strategik daripada Universitas Pertahanan Republik Indonesia (UNHAN) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ia menggabungkan tiga persidangan antarabangsa utama iaitu Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan dan Teknologi Bersepadu (INTCET), Persidangan Antarabangsa Teknologi Pertahanan dan Keselamatan (DSTC), serta Simposium Antarabangsa Mekanik Kerosakan Bahan dan Struktur (SDMMS).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.