fb fb fb fb fb

Hutan Simpan Kledang Saiong diklasifikasikan hutan pengeluaran



IPOH, 18 Januari - Hutan Simpan Kledang Saiong di Kuala Kangsar merupakan kawasan yang diklasifikasikan sebagai hutan pengeluaran.

Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Perak, aktiviti pembalakan telah dijalankan melalui pengeluaran satu lesen pada tahun 2019 dan tamat pada 2020.

Pengarahnya Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, satu kelulusan membalak seluas 80 hektar telah diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 2018.

Menurut beliau aktiviti pembalakan telah dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

"Merujuk kepada gambar tular mengenai aktiviti pembalakan di kawasan itu, merupakan kenyataan lama yang pernah dimuat naik pada tahun 2019 dan diviralkan semula oleh netizen,"

"Pengguna Facebook tersebut telah keliru dengan istilah Hutan Simpan Kekal yang padanya aktiviti pembalakan tidak boleh dijalankan,"

Anggapan individu itu tidak tepat memandangkan hutan simpan kekal klasifikasi pengeluaran boleh dijalankan pembalakan mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan," kata Mohamed Zin dalam satu kenyataan.

Di Perak terdapat kira-kira 987 ribu hektar kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Ia telah diurus berasaskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

Dengan itu hutan simpan kekal ini diklasifikasikan kepada Hutan Pengeluaran sebanyak 51 peratus dan Hutan Perlindungan 49 peratus.

Media Baharu