KUALA KURAU, 18 Januari - Tidak wujud isu kekurangan bekalan telur ayam dilaporkan di Perak.
Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri, Razman Zakaria mengesahkan, bekalan adalah mencukupi.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan telur ayam di negeri itu adalah stabil.
"Mengikut maklumat yang diberi, telur mencukupi cuma di pasar-pasar raya itu, dia ada terma dia. Dia orang tak bayar lagi, dia orang tak hantar la. Jadi keperluan telur bagi negeri Perak ini mencukupi, 2 juta ," kata Razman pada program Kayuhan Basikal Belia Bagan Serai di Air Itam, di sini.