KUALA LUMPUR, 18 Januari - Pasukan petugas di plaza tol telah ditambah bagi membantu melicinkan pergerakan pengguna lebuhraya itu.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga telah meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.
Pengguna yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.
Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuhdi pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.