fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Kuala Penyu, Sabah

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

KUALA PENYU, 1 Februari- Kebakaran hutan di Kampung Purun Ulu, sini, Sabah, semalam, berjaya dikawal oleh bomba daripada terus merebak.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.16 petang.

Bertindak atas laporan itu, lapan anggota bersama jentera digegaskan ke lokasi kebakaran.

"Komander Operasi, PPgB (Penolong Penguasa Bomba) Nelson Ponji melaporkan, setelah pasukan bomba tiba di lokasi, didapati benar terdapat kebakaran hutan dianggarkan berkeluasan 213 ekar," kata pihak itu dalam kenyataan.

Bantuan daripada Unit Dron turut digerakkan bagi membuat tinjauan di kawasan sekitar kebakaran.

SITI AISHAH BINTI MD ISA