fb fb fb fb fb

Hujan lebat tahap buruk di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 21 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Jumaat ini.

METMalaysia dalam kenyataan berkata amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

"Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berlarutan hingga Khamis ini.

"Ini juga termasuk di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.

"Di Pahang pula melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan hingga Jumaat ini," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN