fb fb fb fb fb

Hujan lebat di Ranau, empat gerai buah-buahan rosak teruk

(Foto APM Ranau)

RANAU, 21 September- Sebanyak empat gerai buah-buahan rosak teruk berikutan hujan lebat di Kampung Nabutan, Ranau, Sabah, petang tadi.

Bagaimanapun menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Ranau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Keadaan hujan lebat menyebabkan gerai menjual buah-buahan itu terjejas akibat limpahan air dan berlaku runtuhan kecil yang membawa timbunan batu-batu kecil sehingga ke kawasan gerai.

"Pihak berkuasa telah melakukan pembersihan kawasan dan keadaan berada dalam terkawal.

"Angkatan Pertahanan Awam (APM) Ranau meminta peniaga dan penduduk berdekatan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa," kata sekretariat itu menerusi kenyataan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani memaklumkan laluan Kilometer 137, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, kawasan Nabutan, tidak dapat digunakan akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada pukul 7.30 malam tadi.

"Anggaran kawasan terjejas melibatkan 400 meter persegi.

"Kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya Sabah bagi membuka sekurang-kurangnya satu lorong jalan kepada pengguna jalan raya," kata Jumain menerusi kenyataan.


(Foto APM Ranau)

Media Baharu