fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Malaysia perkukuh hubungan dua hala dengan Iran, Sri Lanka

NEW YORK, 21 September- Malaysia memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan keterjaminan makanan.

Selain itu, hubungan kedua-dua negara turut diperkukuh dalam bidang sains dan teknologi

Malah, Malaysia dan Iran bersetuju untuk meneroka potensi kerjasama baharu.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya selepas pertemuan dua hala bersama Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu UNGA di New York.

Malaysia juga mengulangi komitmen untuk mengadakan mesyuarat suruhanjaya bersama (JCM) dan mesyuarat suruhanjaya ekonomi (JEC) antara dua negara bagi memperhalusi semua potensi skop kerjasama.

Selepas pertemuan itu, Datuk Seri Anwar turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe di hotel penginapan perdana menteri di New York.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju mengeratkan kerjasama berkepentingan bersama termasuk pertukaran lawatan peringkat tertinggi, sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pelancongan.

Kedua-dua negara turut berhasrat untuk meneroka bidang kerjasama baharu.

 

(Datuk Seri Anwar bersama Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe)

(Delegasi Malaysia)

Dalam pada itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai jadual berasingan di New York.
 
Beliau bersama-sama isteri-isteri kepimpinan negara lain diraikan wanita pertama Amerika Syarikat, Dr Jill Biden bersempena Perhimpunan Agung pertubuhan Bangsa Bersatu UNGA di New York.
 
Majlis berlangsung di Cooper Hewitt-Smithsonian Design Museum, New York.

(Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri-isteri pemimpin
dunia lain diraikan wanita pertama Amerika Syarikat, Dr Jill Biden dalam
satu majlis di Cooper Hewitt-Smithsonian Design Museum)

(Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri-isteri pemimpin
dunia lain diraikan wanita pertama Amerika Syarikat, Dr Jill Biden dalam
satu majlis di Cooper Hewitt-Smithsonian Design Museum)