fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

KPM benarkan pelajar memakai pakaian tradisi sesuai dan sopan

PUTRAJAYA, 21 September - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Menurut kenyataan hari ini, KPM berkata kebenaran itu berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah.

Ia susulan berita yang dilaporkan beberapa portal berkaitan isu yang mendakwa sekolah yang terletak di Lembang Klang menghalang pelajar memakai pakaian busana tradisional ketika sambutan Hari Kebangsaan.

"Merujuk kepada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa portal berita, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.

"Penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

"Murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain.

"Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan pelajar mendakwa sekolah yang terletak di Lembah Klang tidak membenarkan pelajar kaum India memakai sari dan tali suci tanpa surat kebenaran.

"KPM sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia," katanya.