
KUALA LUMPUR, 2 Januari – Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 7 Januari ini yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak sehingga esok dan timur Semenanjung mulai 5 hingga 7 Januari.
- Hujan lebat berterusan dijangka melanda Sarawak hingga esok, dengan amaran tahap waspada dikemas kini oleh MetMalaysia.
- Angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda Laut China Selatan hingga 6 Januari 2026, melibatkan beberapa perairan pantai timur.
- Orang awam dinasihatkan rujuk laman web MetMalaysia, media sosial rasmi dan muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini.
Dalam tempoh berkenaan, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka melanda Laut China Selatan.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan telah mengemas kini amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sarawak berkuat kuasa sehingga esok.
Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 6 Januari 2026 bagi Laut China Selatan, termasuk perairan barat Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.