fb fb fb fb fb

Hubungan kerjasama parti dalam Kerajaan Perpaduan semakin erat - Mohamad

Foto FB Mohamad Sabu

KEPALA BATAS, 17 November- Hubungan kerjasama parti dalam Kerajaan Perpaduan semakin erat dan ia satu perkembangan positif.

Keyakinan tersebut disuarakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Katanya, ia adalah sesuatu yang baik untuk negara.

"Alhamdullilah, kerjasama kami semakin erat dalam membina perpaduan dalam kalangan ahli-ahli parti dalam kerajaan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Amanah bahagian Kepala Batas di sini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta ahli lain dalam Kerajaan Perpaduan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM