PETALING JAYA, 17 November- Gempa bumi berukuran 5.3 pada Magnitud dikesan berlaku di Myanmar pada pukul 9.37 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 237 kilometer (km) Tenggara dari Lashio, Myanmar dengan kedalaman 12km.
Bagaimanapun, penilaian awal gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.