KUALA LUMPUR, 17 November- Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), dalam pembangunan bidang halal, semasa pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) ke-20 yang berlangsung di Singapura.
Mmemorandum tersebut antara lain melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal, selain pertukaran hasil penyelidikan serta kajian aspek syariah, sains dan teknikal.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama negara anggota MABIMS.
Turut dilancarkan, buku terbitan Tafsir lImi (Ayat- Ayat Kauniyyat). Ia bertujuan mengajak masyarakat mengagungkan al-Quran sebagai sumber petunjuk dan inspirasi kemajuan umat serta peradaban manusia.
Malaysia akan menjadi tuan rumah pertemuan MABIMS seterusnya iaitu pada 2025.