fb fb fb fb fb

Hubungan istimewa Malaysia-Brunei perlu terus dipelihara - Mohamad

Foto Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Hubungan istimewa Malaysia-Brunei perlu terus dipelihara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sekali gus menggalakkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Mohamad berkata demikian menerusi ucapan semasa makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan, malam tadi.

Majlis berkenaan turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan kerajaan Brunei, dan ketua perwakilan asing.

Mohamad kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke Brunei untuk menghadiri Mesyuarat Ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM