fb fb fb fb fb

Banjir di Melaka, 109 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMA

ALOR GAJAH, 12 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah terus menunjukkan peningkatan kepada 360 orang daripada 109 keluarga setakat pada pukul 7.00 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Kawasan terjejas banjir juga meningkat kepada 21 kawasan.

"Antara kawasan terlibat adalah Kampung Paya Lebar, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah dan Kampung Solok Ayer Limau," menurut kenyataan itu.

Banjir di Melaka bermula semalam apabila hujan lebat berterusan sejak pada pukul 11.00 pagi; menyebabkan air sungai dan parit melimpah ke kawasan berpenduduk rendah.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM