fb fb fb fb fb

Melaka salur bantuan segera RM300 kepada penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MASJID TANAH, 11 Ogos- Kerajaan Negeri Melaka salur bantuan segera RM300 kepada penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah pagi tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bantuan diberi menerusi peruntukkan Tabung Bencana Negeri Melaka.

Ia disalurkan kepada setiap rumah yang mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Justeru, beliau meminta penduduk terjejas banjir untuk mendaftar bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan.

"Jadi saya juga turut berdukacita dgn penduduk Masjid Tanah dan penduduk terjejas banjir. Saya menyarankan kepada mereka yang telah ditimpa bencana ini untuk mendaftar diri di pusat pemindahan sementara dalam kawasan yan gakan diberitahu supaya kita dapat menguruskan mereka dengan bantuan segera. RM300 akan diberi pada penduduk yang ditimpa bencana ini,"katanya.

Datuk Seri Ab Rauf turut meminta semua penduduk terjejas untuk bersabar.

Kerajaan Negeri akan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah banjir.

Setakat 7.30 malam tadi seramai 248 penduduk terjejas banjir daripada 48 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Sebanyak 14 kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan bermula pukul 11 pagi tadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE