fb fb fb fb fb

PM Anwar salur bantuan awal untuk rumah daif di Kampung Chendor, Kuantan

FOTO FN Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Bantuan sebanyak RM15,000 disalurkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk setiap rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi kos membaiki rumah tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar memberitahu bantuan berkenaan disalurkan semasa Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, melakukan kunjungan ke beberapa rumah daif di kampung itu, baru-baru ini.

“Beliau (Ahmad Farhan) telah meninjau keadaan rumah-rumah daif tersebut dan telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah untuk kos membaiki rumah-rumah tersebut,” katanya dalam hantaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE