fb fb fb fb fb

HPPNK 2023, tarik kehadiran golongan muda

Foto BERNAMA

IPOH, 11 November- Hari Peladang, Penternak dan dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 turut menarik minat pelbagai golongan hadir ke acara sambutan itu.

Tinjauan mendapati HPPNK 2023 bukan sahaja menarik minat peladang, penternak dan nelayan ke lokasi penganjuran tetapi juga golongan muda.

"Kalau macam saya, saya datang sini nak dapatkan info tentang kursus yang disediakan. HPPNK ini sangat membantu.

Kalau kita nak pergi ke setiap negeri-negeri agak susahkan, maka kat sini dia dah kumpulkan semua dari satu Malaysia untuk kita dapatkan maklumat," kata pengunjung muda, Zharif Mhd Nor kepada pemberita.

"Saya mahu beri pendedahan kepada anak-anak berkenaan ilmu kehidupan harian. Contoh macam mana tumbuhan hidup atau diusahakan hingga jadi makanan.

Selain itu, ajar mereka bagaimana nelayan tangkap ikan dari laut kemudian proses seterusnya. HPPNK ini bagus untuk kita ajar anak-anak kita proses kehidupan harian ini berlaku," kata Mohd Mukhlis Shahidan kepada pemberita.

HPPNK 2023 berlangsung bermula Jumaat hingga esok, dilangsungkan selama tiga hari di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM