fb fb fb fb fb

Komuniti silat di Labuan, akan terus diperkasa

Foto Fail

LABUAN, 11 November- Perbadanan Labuan akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada semua komuniti silat di Labuan melalui Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (PESAKA) Labuan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Silat Usia Dini dan Remaja Tertutup Labuan 2023.
 
Kejohanan yang disertai lebih 250 peserta, berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.
 
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dan membantu PESAKA Labuan untuk memajukan aktiviti dan program sukan itu untuk warga di wilayah berkenaan.
 
Selain daripada aktiviti seni mempertahankan diri, silat juga melatih tentang jati diri, disiplin, adab serta adat.
 
Dalam pada itu, Yang Dipertua PESAKA Labuan, Mohd Khairul Abdul Ghani ketika berucap memaklumkan persatuan itu telah melahirkan atlet yang berjaya sehingga mengharumkan nama Labuan, seterusnya berjaya mewakili negara di peringkat antarabangsa.
 
Peneraju baharu PESAKA Labuan akan terus melaksanakan program pembangunan dan mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan.
 
Selain melahirkan atlet, persatuan itu juga telah berjaya melahirkan wasit juri bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM