fb fb fb fb fb

Hospital Sungai Buloh kini berstatus hibrid - KKM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 April- Hospital Sungai Buloh kini berstatus hibrid iaitu menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Perubahan itu mengambilkira kes COVID-19 terutama membabitkan kategori tiga hingga lima dan kadar penggunaan fasiliti khusus bagi COVID-19 yang rendah di Lembah Klang.

Serentak itu, perkhidmatan perubatan bukan COVID-19 yang tertangguh di Hospital Sungai Buloh dimulakan semula.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan pada 10 Mac 2020, hospital berkenaan diwartakan sebagai hospital perawatan perubatan khusus kepada pesakit COVID-19 sahaja.


(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah/Fail)

Ia sebahagian inisiatif untuk menampung keperluan katil hospital di Lembah Klang bagi merawat kes COVID-19 serta membolehkan pengurusan fasiliti, ubat-ubatan, peralatan perubatan, kepakaran dan sumber manusia yang optimum.

Setakat Rabu lalu, 92,874 orang pesakit COVID-19 telah dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Media Baharu