fb fb fb fb fb

90 tan metrik sampah pukal dikumpul sepanjang Ramadan- SWCorp Melaka

SERKAM, MELAKA, 29 April- Kira-kira 90 tan metrik sampah pukal dikumpulkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam operasi khas pembersihan sisa pukal yang dilaksana sepanjang Ramadan.

Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Mutalib berkata pembersihan melalui syarikat konsesinya, SWM Environment dilaksanakan di 62 kawasan taman perumahan sekitar Melaka bermula 13 April dan berakhir hari ini.

Ia bertujuan memastikan kawasan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 40 notis pemberitahuan kesalahan kepada penduduk yang melonggokkan sisa pukal ditempat tidak sepatutnya mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

“Kebanyakan sisa pukal ni mereka longgok di kawasan yang tidak sepatutnya, kita ada perkhidmatan tu satu kali seminggu jadi sepatutnya penduduk dia letakkan sisa pukal ni depan rumah mereka ataupun sisa cantasan pokok atau sisa kebun diikat dengan kemas, di masuk dalam plastik dan kita akan buat kutipan tapi apa yang sebaliknya berlaku pada hari ini adalah mereka melonggokkan di mana-mana kawasan yang tidak sepatutnya. Jadi kita pun selain daripada libat urus kita bagi notis juga pada penduduk yang longgokkan sisa di tempat tidak sepatutnya" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi berkenaan di Serkam, Melaka

Dalam pada itu, Khairuladha berkata sesi libat urus turut dilaksanakan bersama penduduk di semua taman perumahan itu bagi berkongsi kaedah pengurusan sisa pepejal dan sisa pukal yang betul.


(Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Mutalib pada operasi khas pembersihan sisa pukal di Serkam, Melaka)

Media Baharu