fb fb fb fb fb

Kes pukul,13 pelajar dibebaskan dengan jaminan polis

LANGKAWI, 29 April - Seramai 13 pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sekolah menengah di Langkawi, semalam, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi, berkata, ia susulan rakaman percakapan ke atas semua suspek selesai dilakukan pihaknya.


(Video berdurasi 25 saat memaparkan pelajar lelaki dibelasah
sekumpulan pelajar lain di Langkawi /Media sosial)

"Rakaman percakapan sudah selesai, pagi ini mereka dibebaskan dengan jaminan polis", katanya.

Semalam, tular video berdurasi 25 saat memaparkan sekumpulan pelajar mengepung pelajar lain sebelum beramai-ramai menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai. Mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja.

Berikutan itu, 13 pelajar ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Media Baharu