fb fb fb fb fb

Hospital Pasir Gudang beroperasi sepenuhnya Januari 2026

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon (lima dari kanan) ketika melawat Hospital Pasir Gudang / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 2 November - Hospital Pasir Gudang, Johor Bahru sedang memasuki fasa persiapan akhir, sebelum dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari 2026.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menempatkan petugas kesihatan di hospital itu secara berperingkat-peringkat.

Selain itu, ujian operasi juga sedang dilaksanakan bagi memastikan sistem, aliran kerja dan peralatan berada dalam keadaan baik sebelum dibuka secara rasmi.

Sementara itu, Jabatan Kecemasan hospital berkenaan sedang beroperasi secara percubaan, melibatkan beberapa kes kecemasan.

Manakala dua bahagian wad pesakit, sedang beroperasi untuk fasa awal.

EMMI NORALIZA ADNAN