fb fb fb fb fb

Hormati pelantikan PM, dibuat atas perkenan Agong untuk bentuk kerajaan baharu

KUALA LUMPUR, 26 November- Rakyat perlu menghormati pelantikan Perdana Menteri setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan dibuat atas kebijaksanaan dan juga pertimbangan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-Raja Melayu bagi membentuk kerajaan baharu.

Demikian menurut Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM, Profesor Madya Dr. Mohamad Faisol Keling.

"Dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh sepatutnya ia perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak bersama-sama membantu kerajaan.

"Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga sebuah kerajaan yang telah disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong agar membentuk satu kerajaan gabungan bagi menyelesaikan kemelut parti dan juga Perdana Menteri yang dapat menyelesaikan dan juga mentadbir negara," katanya.

(Profesor Madya Dr. Mohamad Faisol Keling)

Beliau menyatakan demikian kepada RTM.

Media Baharu