fb fb fb fb fb

Kursus Asas Haji 1444H dianjur di 201 masjid terpilih

KUALA LUMPUR, 26 November- Lembaga Tabung Haji menganjurkan Kursus Asas Haji 1444H bagi bakal haji di 201 masjid seluruh negara, bermula semalam hingga 17 Februari tahun depan.

TH menerusi kenyataan memaklumkan, 13 siri kursus itu akan dijalankan di seluruh negara secara berperingkat di masjid terpilih.

Keutamaan akan diberikan kepada bakal jemaah haji yang tersenarai menunaikan ibadat pada 2023.

Juga, bagi mereka yang tidak dapat mengikutinya sebelum ini disebabkan penangguhan ibadat haji selama dua tahun akibat COVID-19.

(Keutamaan akan diberikan kepada bakal jemaah haji yang tersenarai menunaikan ibadat pada 2023)

"Kursus Asas Haji akan diadakan pada setiap hujung minggu bermula bulan Rabiulakhir dan merupakan kursus haji peringkat pertama yang perlu diikuti oleh bakal jemaah haji.

"Mereka yang berminat hanya perlu mendaftar di masjid-masjid terlibat dan jadual kursus boleh disemak di laman web rasmi TH," menurut kenyataan itu.

Media Baharu