fb fb fb fb fb

Kempen Pemilikan Rumah (HOC), 117,538 unit rumah dijual

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Sebanyak 117,538 unit rumah dijual menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

Ia melibatkan nilai jualan RM92.5 bilion dan diskaun RM15.8 bilion. 


(Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib)

"Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang bermula sejak Januari 2019 telah ditamatkan pada 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, penyerahan dokumen masih lagi berjalan untuk perjanjian jual beli (SPA). Selain itu, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan kempen HOC bagi pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2025," katanya.

Berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, bagi data awalan suku pertama tahun 2022, terdapat 35-ribu 592 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai 22.45 billion ringgit.

Jumlah itu berkurang berbanding suku keempat 2021 iaitu 36-ribu 863 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai 22.79 billion ringgit.

Datuk Seri Dr Ismail menjawab pertanyaan ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Media Baharu