
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Isu penghinaan terhadap agama Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu perlu ditangani secara tegas, adil dan berhikmah bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.
- Keresahan masyarakat Melayu meningkat susulan insiden yang didakwa menyentuh kesucian Islam dan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu.
- Perbuatan melampaui batas adab, budaya dan prinsip hormat; semua pihak mesti menghormati Islam sebagai agama persekutuan dan Raja-Raja Melayu.
- Kerangka perundangan sedia ada perlu dinilai semula dan diperkukuh supaya lebih relevan menghadapi cabaran semasa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keresahan masyarakat Melayu semakin meningkat susulan beberapa insiden yang didakwa menyentuh kesucian Islam serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu secara terbuka.
“Perbuatan sebegini jelas melampaui batas adab, budaya dan prinsip hormat yang menjadi asas keharmonian masyarakat. Kalau atas nama perpaduan dan kemajmukan sila hormat agama Islam sebagai agama persekutuan.
Raja-raja Melayu ialah payung kedaulatan dan apabila dua tiang seri ini diganggu, keresahan rakyat tidak boleh dianggap kecil. Ia mesti ditangani dengan tegas, adil dan berhikmah,” jelas beliau.
Sehubungan itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata kerangka perundangan sedia ada perlu dinilai semula dan diperkukuh agar lebih relevan dengan cabaran semasa.
Beliau berucap demikian pada Musyawarah Nasional bertemakan “Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya” di sini.