
HAVANA, 1 Jun – Cuba mula mengagihkan susu tepung yang disumbangkan oleh kerajaan Mexico dan Uruguay kepada penduduk di ibu negara, Havana, ketika negara itu berdepan kesukaran ekonomi yang semakin meruncing.
- Kapal Asian Katra tiba di Pelabuhan Havana pada 18 Mei.
- Kira-kira 1.7 tan metrik bekalan bantuan dibawa masuk termasuk sumbangan Uruguay.
- Bekalan diagihkan melalui kedai bekalan di seluruh Havana.
- Kedatangan bantuan berlaku ketika Cuba menghadapi krisis ekonomi terburuk beberapa dekad berkaitan sekatan AS terhadap eksport bahan api.
Menurut laporan media Cuba, penghantaran terbaharu bantuan kemanusiaan itu tiba di Pelabuhan Havana pada 18 Mei lalu menerusi kapal Asian Katra yang belayar dari Mexico.
“Kira-kira 1.7 tan metrik bekalan bantuan dibawa masuk, termasuk sumbangan daripada Uruguay.
“Pengagihan susu tersebut mula dilaksanakan pada hujung minggu menerusi kedai-kedai bekalan di seluruh Havana,” menurut kenyataan tersebut.
Bantuan itu tiba ketika negara Caribbean tersebut berdepan krisis ekonomi paling buruk dalam beberapa dekad, yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan sekatan Amerika Syarikat yang semakin diperketatkan terhadap eksport bahan api ke pulau berkenaan. -REUTERS